Ticker

6/recent/ticker-posts

Cari Duit Raya Dengan Jual Tudung

Cari duit raya dengan jual tudung

Assalamualaikum semua

Tahun 2018 ni target cari duit raya dengan jual tudung  akan diteruskan. Mudah-mudahan sales akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas ... kaching kaching huhuhu mata duitan betul 😜😜

Sumber : GOOGLE Images
Yup, ini adalah part time job yang hakak  lakukan sejak 2 tahun lepas . Dan Alhamdulillah tak tersalah pilih dan hasilnya sangat memberangsangkan. Walaupun tak sekencang kawan-kawan segroup hakak yang ada antaranya cecah RM50K dalam tempoh 4 bulan, dapatlah merasa komisen 4 angka menjelang raya puasa tahun lepas. Syukur sangat.

Masa mula-mula terlibat dalam bisnes dropship tudung, selalu juga timbul rasa ragu-ragu . Boleh makan ke dengan bisnes jual tudung ni. Kalau tengok kat FB , Instagram dan lelainnya .. lahai bersepah orang jual tudung secara online kan. Itu belum kira dengan peniaga-peniaga kat pasar malam atau pasar sehari. Macam tepu je bisnes jual tudung ni..

Tapi hari demi hari, bisnes jual tudung tetap mendapat sambutan. Walaupun persaingan sangat besar, tapi permintaan tetap ada. Mungkin sebab tudung sudah jadi sebahagian pakaian wajib ada bagi kebanyakan wanita. Ye lah , cuba tengok di sekeliling kita, berapa ramai wanita Melayu yang ada di negara kita ni. Dan kalau kita perhatikan , majoriti wanita Melayu memakai tudung tak kiralah sama ada masa nak ke tempat kerja ke, nak berlibur ke atau pada musim perayaan sekalipun ..Dalam sehari, mungkin dua atau tiga helai tudung berbeza akan dipakai oleh seorang wanita. Esoknya lain cerita pula. Bermakna seorang wanita , memakai banyak tudung dalam rutin sehariannya. So, itu mungkin sebabnya bisnes tudung tetap maintain sampai ke hari ni. Gituuu logik pemikiran hakak yang tak seberapa ni ..

Untuk cuba-cuba berniaga tudung, wanita ada dua pilihan iaitu sama ada berniaga dengan memegang stok fizikal di tangan atau sekadar menjadi agen jualan yang hanya mempromosikan produk dan mengambil order sahaja. Terpulanglah kepada keupayaan masing-masing.

Tapi jika tidak mempunyai pengalaman, apatah lagi modal .. lebih baik pilih untuk menjadi agen dropship tudung sahaja. Tak perlu modal besar, sometimes tanpa modal langsung dan low risks.

Dalam 2,3 hari ni kerap kedengaran iklan kat Sinar FM tentang BusanaDropship.Com yang menawarkan platform dropship tudung kepada yang berminat nak cari duit lebih, kalau korang perasan. Just bayar RM30 dan terus boleh jadi agen dropship tudung. P/s : ni hakak share info jaa ... tak dapat komisen pun dik šŸ˜›šŸ˜›

Jom cari duit raya dengan jual tudung.


Post a Comment

0 Comments