Segala puji bagi ALLAH, Zat Yang Maha berkuasa ke atas segalanya ...
Pejam celik pejam celik, hari ini sudah Jumaat ke-3 Januari 2018. Jumaat yang akak tunggu-tunggu,mungkin sama seperti wanita lain yang bekerja. Jumaat ibarat pelabuhan untuk kapal berlabuh setelah jauh belayar. Berlabuh untuk menurunkan muatan, beristirehat kemudian meneruskan kembali pelayaran ... Begitulah ibaratnya kehidupan. Hadoihhh, tiba-tiba terasa lambat benar tiba masanya untuk pencen 😓
Ya, begitulah apabila wanita bekerja. Kerjaya dan tanggungjawab di rumah menuntut kesabaran yang tinggi. Bukan sekadar mental, fizikal juga harus punya kekuatan padu. Kalau tak, rebah !
Hujung minggu, kerja-kerja rumah berbaris menunggu. Mop lantai, kemas rumah,kemas bilik anak-anak, pergi pasar top up stok keperluan dapur, hantar anak pulang ke asrama, gosok baju, cuci longgokan pakaian kotor dan lipat kain ( kalau sempat 😅 ). Belum dikira aktiviti memasak menu super special ... Ye laa, hujung minggu hari untuk berkumpul. Jadinya, menu mesti lebih istimewa dari biasa. Betul tak mak-mak semua .. hihi
Ok, bila sebut bab cuci baju kotor ni, teringat akak tentang sorang customer tudung sekolah yang akak pernah serve ni.
First time dia contact akak, dia cuma beli sehelai tudung sekolah awning lembut warna putih nila untuk anak yang bakal masuk darjah 1. Then, beberapa hari selepas tu, beli lagi 7 helai tudung yang sama. Mak aihhh, tokojut akak ..huhu. Akak pun tanya, anak berapa orang yang bersekolah tahun ni ?
Lagi bikin tokojut den, bila dijawabnya sorang je kak .... Adehh, terkedu sekejap akak 😶 Laaah, ingatkan ada 4 orang kikiki ..
Ye, itu antara pengalaman menarik bagi akak .
Apa yang korang fikirkan tentang cerita ini ?
Sebenarnya, apa saja yang kita fikirkan mungkin dia lebih tahu rasional tindakannya. So, siapa kita untuk berlebih-lebih menghukum atau berprasangka ...
Bagi akak, dia mungkin orang yang lebih berkemampuan. Dia seorang wanita berkerjaya... dia mungkin tak sempat nak mencucinya setiap hari. Jadi langkah terbaik adalah dengan membeli lebih dari sehelai agar nantinya si anak boleh hadir ke sekolah dengan tudung yang bersih dan selesa setiap hari.
Ya, pelik kedengarannya tapi itulah realiti yang berlaku hari ini. Sebenarnya bukan dia sahaja begitu. Dalam kalangan kita sendiri ada yang begitu. Kekangan masa, jadi mak-mak ini terpaksa bertindak mengikut kesesuaian, mengikut rasional keadaan.
Kalau nak tahu, selain ibu muda ini, ada seorang lagi ibu muda yang begini. 14 helai sekali beli, dengan koleksi warna bercampur aduk ... putih nila, pink Puteri Islam, warna maroon dan kuning cair. Yang bikin akak sedikit excited, customer ini selebriti TV, moderator sebuah rancangan bual bicara ! Selebriti pun beli tudung sekolah kat sini ko !
Ye, mak-mak semua.. anak-anak kita sekarang tak sama dengan zaman kita dahulu ( mak-mak zaman seusia akak ). Kalau disebut tudung sekolah, tidak ada warna lain yang tergambar selain putih. Tak pernah terbayangkan pun ye dak. Tapi zaman sekarang tudung sekolah bukan sekadar putih ..
Zaman sekarang, tudung sekolah very colourful. Pagi tudung putih, hari aktiviti kelab persatuan tudung pink, tudung kelabu. Bergantung kepada kelab atau unit beruniform yang dianggotai.Jika dilantik jadi pengawas sekolah atau pengawas pusat sumber, pastilah biru gelap, biru pengawas atau maroon warnanya kan ...
Jadi siapa cakap tak logik tindakan ke dua-dua ibu muda di atas ..?
Cumanya kita membeli ikut yang termampu. Namun zaman berubah, keperluan anak-anak juga berubah. Tudung sekolah pun berubah. Zaman sekarang tudung sekolah bukan lagi sekadar putih 😛

Adakah ibu muda ini pemalas nak cuci tudung tu setiap hari, so dia beli je siap-siap ,cukup untuk seminggu?
Atau ini perbuatan membazir sahaja ?
Atau ini satu tindakan kurang bijak ...
Atau ibu ini terlebih excited ....
Atau, atau, atau ...... what ever lah !

0 Comments