Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Ikan Haruan Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua

Allahu akbar .... Lama betul mencari mood menulis, hari ni baru lah mula nak bertunas balik. Azam nak update blog sepanjang cuti sekolah ni hancussss. Mood ke laut,ke bulan ke bintang semua lah. Aisehhh 😅😅

Ok, jadi untuk hari ni, kasi panas enjin sikit ...hakak kasi korang resepi ikan haruan masak tempoyak je laa yer. Bukan maksud hakak pandai memasak pun.. Idok sesekali. Just nak share saje. Pandai tak pandai, bukan itu syaratnya ...ye tak

Usah ditanya, sesuai ke idok ikan haruan dimasak tempoyak ni. Sebab hakak pun pertama kali juga gunakan ikan ni untuk resepi masak tempoyak. Masuk ke tak , itu kira kemudian. Yang penting kita cuba dulu.

http://bit.ly/2bZVLB2

Kebiasaannya kalau ikan haruan, kitorang kat utara ni masak sup, gulaikan bersama keledek atau pun masak cuka. Tak pun goreng je, panggang untuk dicicah air asam atau keringkan sahaja. Kebiasaannya juga, masak tempoyak ni pula orang gunakan ikan baung atau patin ... tak gitu ? Kan ..

Ok jadi hari ni apa kata korang cuba version ikan haruan pulak. Mana tahu, kena dengan selera korang 😋

Resepi masak tempoyak pula ada macam-macam versi betul tak. Untuk resepi ikan haruan masak tempoyak yang hakak nak share ni, versinya sangat mudah dan tak guna banyak bahan.
http://bit.ly/2bZVLB2

Asal belajar resepi ni masa hakak mengajar kat sebuah sekolah kawasan pedalaman di negeri penyu menangis. Yang memperkenalkan resepi ni adalah tukang kebun sekolah time kitorang camping. Tapi masa tu tak de la guna ikan haruan, sebaliknya ikan baung fresh dari sungai yang siap ada air terjun lagi haaa...

Ok, jom masak . Sebelum masak, tengok dulu bahan-bahan untuk Resepi Ikan Haruan Masak Tempoyak yer ..

Bahan-bahan :
3 ekor ikan haruan size sedang ( disiang dan dibersihkan )
5 biji cili padi  - boleh tambah jika suka lebih pedas
Sedikit kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara :

Ikan haruan disiang dan dibersihkan. Rendam bersama sedikit air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan bau hanyirnya. Kalau tak ada air asam jawa, boleh juga gunakan air cucian beras ( diambil simpan semasa hendak menanak nasi ) atau air bancuhan tepung gandum. Bilas-bilas dan rendam selama lebih kurang 15 -20 minit sebelum dicuci dengan air bersih sekali lagi

Tumbuk cili padi, kunyit hidup bersama garam secukupnya

Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama 2-3 gelas air. Jangan lupa masukkan tempoyak.
Didihkan.

Bahan yang siap ditumbuk bersama tempoyak dan air

Setelah mendidik masukkan ikan dan tunggu mendidih sekali lagi dengan api yang sederhana.

Jika suka boleh masukkan juga sedikit daun kesom

Rasa garamnya. Jika terasa tawar, tambahkan garam dan serbuk perasa. Macam hakak, dah 10 tahun lebih tak gunakan mak Aji, akak gantikan dengan sedikit gula.

Ok, siap resepi ikan haruan masak tempoyak. See,senang dan simple je resepinya kan
Abaikan gambar yang tak cantik ni..Sepatutnya kelihatan kekuningan seperti gambar di atas...Tapi guna hp cap ayam ginilah jadinye. Tak pe lah yang penting sedap. Gambar snap lepas makan .. Baru teringat nak up sebagai entri, adehh :)

Sedap dimakan panas-panas bersama sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan kering. Perghhh menitik air liur 😋😋

Selamat mencuba ye. Jika tak jadi, jangan salahkan hakak. Korang tu yang tak de bakat memasak kikiki 😜😜

Post a Comment

0 Comments