Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadual Persekolahan 2018

Dengan Nama Allah, Zat Yang Maha Berkuasa

Jadual persekolahan 2018 kini sudah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Muat turun untuk simpanan dalam peranti anda atau untuk cetakan, boleh terus saja di sini.

Sedar tak sedar, sesi persekolahan 2017 pun sudah menghampiri penghujungnya. Sekejap sahaja rasanya. Dan jika masih dipinjamkan umur,kita akan terus melangkah ke tahun 2018 pula.




Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak KPM baru-baru ini ada mengeluarkan Takwim atau Jadual Persekolahan 2018 untuk rujukan para pelajar,guru dan ibu bapa sendiri. Takwim ini dapat memudahkan 3 golongan di atas serta orang awam yang lain bagi merancang aktiviti masing-masing dengan lebih efektif sekaligus mengelakkan pertindihan dengan acara atau tarikh-tarikh penting lain. Bagi para guru sendiri, Jadual Persekolahan 2018 ini juga, In Sha Allah akan sangat membantu para guru dan pentadbir sekolah menyusun setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dengan lebih teratur

Bagi yang ingin mengadakan majlis pertunangan, perkahwinan, mengerjakan umrah atau membawa ahli keluarga pergi bercuti pula, rujuklah takwim ini bagi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Post a Comment

0 Comments