Ticker

6/recent/ticker-posts

First Busy Bag El Hana - Bahan Bantu Belajar Sesuai Untuk Murid Prasekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Entri kali ini dengan niat sharing untuk semua, First Busy Bag El Hana - Bahan Bantu Belajar Sesuai Untuk Murid Pra Sekolah. Bukan murid pra sekolah sahaja, kalau umur dalam lingkungan 3-4 tahun pun sebenarnya,bahan bantu belajar ini sudah sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan bagi memperkenalkan mereka kepada huruf dan angka selain nama-nama warna .

Sepanjang sesi persekolahan tahun ini, kerap sangat hakak dapat slip relief bagi menggantikan guru yang MC atau berkursus. Perasaan hakak ' tuttttttttt ' tak yah cerita lah macam mana ye. Mentang-mentang hakak ni guru luar norm, jadi sesuka hatilah cik puan
kat atas tu beri, tak kira masa tak kira hari. Tiket ke syurga katanya ... Hmmm, ye la tuuuuue 😏😏

Relief hari-hari, kalau boleh claim memang kayo makcik ni haa.. Relief ni juga bukan sekadar untuk kelas-kelas biasa, tapi termasuklah juga kelas prasekolah. Sampaikan budak-budak tu pun dah kenal dengan makcik nan sorang ni.

Berada di kelas prasekolah untuk tempoh satu jam, ibarat sebulan lamanya. Ini perasaan seorang guru yang hanya biasa mengajar murid Tahun 6 atau kelas Tahap 2. Berpeluh ketiak kau !

Kelas prasekolah biasanya dihadiri kanak-kanak comel berusia 5-6 tahun. Gelagat kanak-kanak prasekolah memang pelbagai. Tabik spring kepada mereka yang bergelar guru prasekolah. Kesabaran memang sangat diperlukan.

Sebagai guru yang menggantikan kelas, memang sudah jadi tanggungjawab untuk mengambil alih aktiviti pembelajaran pada hari tersebut. Waktu beginilah kita akan dapat lihat tahap pencapaian seseorang kanak-kanak ( terutamanya yang berusia 6 tahun ), sama ada mereka sudah kenal huruf dan angka serta bersedia untuk memasuki tahun 1 atau masih sebaliknya.

Bukan perkara mengejutkan apabila ramai dalam kalangan kanak-kanak ini masih belum kenal huruf, angka dan warna kalau di rumah seawal usia mereka sudah disuap dengan gajet / android menggantikan segala kad gambar, kad imbas huruf dan buku mewarna. Allahu akbar sedih rasanya apabila melihat kanak-kanak berusia 6 tahun masih terkial-kial tidak tahu bagaimana memegang batang pensel dan tidak mengenal warna apabila diminta memilih.

Maaf ya, kalau ini kelihatan seperti mahu mencari kesalahan siapa. Bukan niat hakak ok.

Just menzahirkan rasa kecewa kerana kanak-kanak sekarang banyak disuap dengan permainan /game di telefon pintar sehinggakan nak masuk sekolah pun,masih tidak kenal apa-apa.Namun bila huruf tak kenal, baca pun tak boleh,cikgu juga yang disalahkan 😖

Mommies semua, bukan itu caranya menunjukkan kasih sayang. Kalau betul sayang,belikan mereka buku atau kit pembelajaran yang dapat membantu mereka menghadapi alam persekolahan sebenar. Dapatkan kit pembelajaran seperti First Busy Bag El Hana yang boleh merangsang kemahiran motor kasar dan motor halus mereka, yang juga boleh merangsang kognitif mereka agar lebih cepat berkembang dan berhubung kait. Kalau ini dipertimbangkan, tidak akan timbul masalah anak-anak puan-puan semua menghadapi masalah pembelajaran , yang kemudiannya membuatkan anak-anak ini terpaksa dimasukkan kelas pemulihan pula.


 


First Busy Bag El Hana - Bahan Bantu Belajar Sesuai Untuk Murid Pra Sekolah ini sendiri sebenarnya merupakan sebuah kit atau modul yang dihasilkan dengan 6 aktiviti menarik seperti :

1. Sorting ABC : Suai padan huruf besar dan huruf kecil pada sorting mat.
2. Stick shaping : Menyusun stick warna mengikut pola pada kad
3. Matching card : Suai padan gambar buah yang sama
4. Sorting color and shape : Suai padan kepingan geometri berdasarkan warna dan bentuk
5. Counting : Menghitung gambar pada kad kemudian menjawab dengan pengepit baju
6. Caterpillar : Menyusun butang mengikut pola kad caterpillar.


 

Sorting ABC
Aktiviti memilih dan menyuai padan antara huruf besar dan huruf kecil dengan betul pada tapak atau tikar bagi membantu kanak-kanak mengetahui padanan yang betul antara huruf besar dan huruf kecil.

Stick Shaping
Aktiviti menyusun bilah kayu mengikut warna bagi membentuk pola yang betul pada kad

Matching Card
Aktiviti memadankan kad gambar serupa ( kemahiran mengkelaskan dan mengecam objek )

Sorting Color And ShapeMemilih kepingan geometri untuk disuaipadankan mengikut kumpulan warna atau bentuk

Counting
Mengira gambar yang terdapat pada kad dan memberikan jawapan menggunakan pengepit baju

Caterpillar
Menyusun butang ulat beluncas mengikut pola atau klasifikasi warna


6 aktiviti yang direkacipta ini dapat membantu perkembangan motor kasar,motor halus dan kognitif kanak-kanak dengan berkesan dalam tempoh yang singkat jika dimanfaatkan sepenuhnya.

Satu set bahan bantu belajar ini berharga RM35 ( tidak termasuk kos pos ). Klik pada link ini untuk pembelian atau boleh juga terus ke link wasap di bawah untuk pertanyaan yer  😊😊

www.wasap.my/60195519115/FirstBusyBag





Post a Comment

0 Comments