Ticker

6/recent/ticker-posts

Dropship Percuma Tanpa Modal - Ada Tak Yang Berminat ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dropship Percuma Tanpa Modal - Ada Tak Yang Berminat ? Kalau ada, boleh je klik pada menu DROPSHIP kat atas bahagian blog ni dan isi form yer. Nanti akak review lepas ke tak ...

Actually, beberapa hari lepas banyak rumours yg kedengaran berkenaan beberapa Pasaraya GIANT kat Malaysia ni yang katanya sudah hendak ditutup. Dalam kata mudah,bankrap ! Akak pasti korang pun ada mendengar atau terbaca berita ni kan.


Betul atau tak bukanlah persoalan yang hendak dikupas kat sini. Hendak tahu betul ke tidak atau berita palsu sahaja, layarilah portal Sebenarnya.My ekeke ( Uishhh macam iklan SINAR FM laa pulok  )

Apabila khabar angin yang sebegitu tersebar, sedikit sebanyak tentulah ianya mencetuskan kebimbangan. Selepas ini apa pula ??

Sebab itu dalam kehidupan kita perlu ada pelan tindakan, pelan A dan pelan B. Hidup ini singkat dan berada di luar kawalan kita. Apa sahaja boleh berlaku. Bila-bila masa dan di mana sahaja.Apapun ia, perancangan kita perlu ada.

Apa persediaan kita andai tiba-tiba kita sakit ? Diberhentikan kerja? Syarikat tempat kita mencari nafkah tiba-tiba ditutup ? Tak pun suami tempat kita bergantung harap,beralih arah ? Atau mungkin terlebih dahulu dijemput Ilahi ? Apa akan berlaku pada anak-anak dan kita sendiri ?

Sebab itu wahai para suri, mesti ada backup plan. Apa-apa ajelah yang sesuai ( pastinya halal dan mendapat restu suami @ keluarga juga redha Allah SWT  - sooooo penting ya )
Banyak pilihan backup plan yang ada kalau nak disebut satu -satu . Jenuh juga den nak menulisnya kan 😅😅

Pic pinjam dari GOOGLE
So, untuk posting kali ini akak nak tawarkan korang peluang buat biz dropship percuma tanpa modal dengan akak sendiri. Nak tahu, ada yang berminat tak ni ?Kalau berminat, boleh isi form macam yang akak cakapkan di atas ye. Ini memang serius tanpa modal. Hanya perlukan kesungguhan  dan sifat amanah. Sebab apa, tugas seorang dropshipper adalah mencari pelanggan, mendapatkan bayaran selengkapnya dan menyerahkan jumlah sepatutnya kepada yang empunya produk. Ok, kalau masih baru tentang idea bisnes dropship ni, korang boleh baca Flow Dropship yang pernah akak terangkan sebelum ni. Baca dan hadamkan betul-betul sebelum isi form di atas ya.

Peluang menjalankan bisnes dropship percuma tanpa modal ni adalah sangat terhad. Hanya 7 orang suri sahaja yang ingin dicari. Biar sedikit tapi berkualiti. Gitewwww 😇😇






Post a Comment

0 Comments