Ticker

6/recent/ticker-posts

Keputusan UPSR 2017 Dijangka 23 November 2017

Bagi ibu bapa yang sedang menunggu tarikh keputusan UPSR 2017 diumumkan, pastinya sangat berdebar menantikan keputusan berapa A kah yang bakal diperoleh anak masing-masing. Kebimbangan tetap ada walaupun ramai yang mengatakan bahawa UPSR belum boleh dianggap sebagai  penentu masa hadapan kerana terdapat ujian lebih besar yang menunggu mereka di bangku sekolah menengah. Apapun jua tanggapan, dan apa jua keputusannya nanti, terimalah dengan rasa syukur dan redha.
Baiklah, keputusan UPSR 2017 dijangka keluar pada 23 November 2017 iaitu pada minggu terakhir persekolahan 2017 sebelum murid mula bercuti panjang.

Semakan keputusan UPSR 2017 boleh dilakukan di sekolah anak masing-masing pada hari tersebut selepas jam 10 pagi. Pastikan anak atau calon hadir dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap dan kemas ( kecuali jika ada dimaklumkan etika tertentu berpakaian oleh pihak sekolah berkaitan ).

Pastikan juga semua bayaran yuran sekolah yang tertunggak dijelaskan sepenuhnya kerana kebiasaannya, slip keputusan peperiksaan akan ditahan buat sementara waktu jika anda atau anak anda mempunyai baki hutang dengan pihak sekolah yang belum dijelaskan.

Semakan keputusan UPSR 2017 juga boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS ). Pastikan semakan dilakukan selepas jam 10 pagi. Caranya mudah sahaja.


Sekadar taip UPSR ( jarak ) ANGKA GILIRAN CALON. Hantarkan ke 15888. Contohnya:


UPSR RA0012345

Semakan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas biasanya akan mengambil masa kerana terdapat ribuan pengguna menggunakan aplikasi yang sama.

Selain itu anda juga boleh menyemak keputusan tersebut secara online,menggunakan aplikasi online yang biasa dikeluarkan oleh pihak berkaitan apabila tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR semakin hampir.

Selamat berjaya kepada ibu bapa dan anak-anak yang sedang menunggu keputusan UPSR. Andai kata anda berjaya mendapat keputusan cemerlang, jadikan ini sebagai langkah awal menuju masa hadapan yang lebih cerah.

Andai sebaliknya, usah kecewa. Sebenarnya kegagalan adalah kejayaan yang sedang ditunda oleh Allah SWT ke suatu masa kelak,dengan harapan ia dapat membuka minda dan menjadi petunjuk jalan sebenar menuju kegemilangan . Pasti saja dengan syarat, terus berusaha 😇


Post a Comment

0 Comments