Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Mahu Kaya Berjaya Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum .Good Afternoon semua

Al kisahnya saya mahu kaya berjaya dunia dan akhirat


Sedar tak sedar sudah setahun lebih saya bersama FOREVER LIVING  dan hampir setahun juga bersama Tudung Si Comel. Juga sudah hampir 6 tahun gigih berblog, tapi statusnya masih lagi part time blogger huhuhuu ..


3 perkara sampingan plus tugas hakiki sebagai guru, terus-terang belum cukup untuk mengkayakan saya. Kalau kaya, confirm sudah lama resign dari jadi guru dan jadi usahawan 24/7😜


Bagi yang tidak kenal ,pasti saja menganggap saya terlalu mengejar dunia …materialistic, mata duitan. Apa-apa saja terms yang menunjukkan saya kejar duit !


Terpulang kepada cara korang memandang dan melabel saya, tapi saya tetap ada sebabnya.

Macam yang saya katakan tadi 3 perkara sampingan  di atas so far, belum mampu menjadikan saya orang kaya. Tapi usaha setahun dua ini sedikit sebanyak sudah menampakkan hasil …

Hasil menjalankan bisnes FOREVER, Alhamdulillah dapat membantu emak dan ayah mendapatkan supplement terbaik setiap bulan tanpa sebarang bayaran. Dah nama anaknya agen FOREVER LIVING kan heheh …


Orang tua ( esok-esok jika dipanjangkan umur, kita pun bakal jadi tua ) sendi lututnya sakit. Jadi agen FOREVER LIVING ni pun bekalkan Artic Sea dan Jus Aloe Vera . Selalu batuk-batuk sebab masalah paru-paru, dibekalkan pula Jus Aloe Bit n Peaches.


Total budget 3 produk ni  untuk sebulan ada laa lebih kurang RM 308 - anggaran kasarnya. Alhamdulillah ,lepas bahagian untuk beri khidmat kepada mereka.


Selain untuk ibu bapa, ada produk yang saya laburkan untuk suami dan anak-anak saban bulan. Belum lagi kira untuk kegunaan sendiri … Jadi secara kasarnya, penglibatan lebih setahun dalam FOREVER LIVING itu berbaloi. Tidak kaya duit, tapi mudah-mudahan kaya pahala,kaya berjaya dunia dan akhirat.


Di TSC pula, nak diceritakan sedikit kepada korang semua kot-kot boleh dijadikan inspirasi untuk bangun dan mencuba apa yang dirasakan mustahil sebelum ini.


Semusim Ramadhan  2017 yang baru berlalu beberapa bulan lepas , komisen dari Program Dropship  TSC untuk 3 minggu puasa tu, mencapai jumlah 4 figures …sangat tidak terjangkakan sebab agen dropship yang seorang ini bukannya 100% fokus pun. Buat sales hanya bila berkelapangan sebab bergelut dengan tugas hakiki yang hendak tak hendak WAJIB dilaksanakan sebab itu sudah jadi amanah.


Alhamdulillah, 3 perkara sampingan itu banyak membantu saya untuk merasa hidup yang agak lebih selesa. Dapatlah berbelanja lebih sikit untuk anak-anak, membawa mereka makan angin ke tempat-tempat yang belum pernah dijejakkan kaki, padahal tempat-tempat tu hanya jadi tempat main bagi rakan mereka yang Allah rezekikan hidup kaya raya sejak lahir. Phewww…


Blogging ?


Owhh, ini part yang saya paling suka.Saya suke,saya suke ...


Hasil berblog walaupun tak selumayan blogger besar dan tersohor, tapi saya gembira dan bersyukur kerana Allah lorongkan saya ke jalan ini . Rezeki berblog datang dari promosi produk ebook, link affiliate, servis review produk yang diminta oleh beberapa pihak  dan pengiklanan Nuffnang.


Cuma Google Adsense je lagi yang belum sebab walaupun  saya sudah habis-habisan goda GA ni, tapi nampaknya GA ni belum nampak tanda-tanda nak jatuh ke pangkuan aiolss uolls 😝😝



Jika dikumpulkan semua, sama seperti penglibatan saya dalam TSC. Jumlah terkumpul juga mencapai 4 angka.. Alhamdulillah. Rahmat dan nikmat  Allah mana yang engkau dustakan … Allah hu akbar


Ok, ada yang baca tak entri ni …hihih


Doakan saya wahai sahabat, wahai pembaca. Moga saya ,juga korang semua …Moga kita kaya berjaya dunia dan akhirat.


Aminnn Ya Rabb


Post a Comment

0 Comments