Assalamualaikum semua
Wajib berubah jika mahu kaya . Mesti sanggup beralih 360 darjah daripada keadaan sedia ada. Tapi ... yang baik-baik sahajalah. Jangan putar belit pula kata-kata akak ni ye ..
Beberapa hari lepas akak dapat tahu tentang kawan akak yang sorang ni sedang menuju puncak bergelar jutawan. Bukan kawan sangatlah , tapi lebih kepada adik rakan sekerja. Orangnya muda sangat, ustazah pula tu...
Bisnes apa yang dibuat, MLM apa yang dia join ... akak tak berhajat nak cerita kat sini. Apa yang akak nak highlightkan kat sini adalah apa amalan-amalan yang dilakukannya sampai Allah buka jalan seluas-luasnya untuk beliau sampai taraf hidup nya berubah sama sekali dari budak kampung yang miskin sampai jadi usahawan internet yang berjaya.
Ada pula yang cakap begitu bila melihat kejayaannya.
Wah, kalau nak kaya kena jadi ustaz ustazahlah ye. Kita orang biasa-biasa ni tak ada lah peluang nak jadi kaya ye .. ?
Hmmm, kalau begitu lah kekdahnya langsung tak ada lah peluang bagi kita kan.
Sebenarnya rezeki Allah tuliskan untuk semua. Tak kira title, tak kira jawatan. Semua berhak untuk jadi kaya . Cuma sama ada di perkenankan Allah SWT atau pun tidak ... semua bergantung kepada amalan kita.
Kalau sunat Dhuha sekali pun tidak, solat taubat dan solat wajib 5 waktu pun tidak.. mana Allah nak bagi. Itu belum lagi cerita tentang hak Allah yang kita abaikan, belum cerita tentang zakat yang tidak dikeluarkan, belum cerita tentang hubungan kita dengan ibu bapa... jadi bagaimanalah rezeki suka nak mendekat.
Kalau sebelum ini, solat fardhu tak pernah yang cukup, Al Quran tak disentuh langsung, sedekah amal jariah jauh sekali, kebajikan ibu bapa kita abaikan, harta anak yatim pula kita kebas, puasa tak pernah sekali habuk, halal haram tak kita endahkan, maksiat jadi teman rapat dan bla bla bla lagi ... Jadi tak usah bermimpilah hendak kaya-raya sebab tak ada redha dari Allah.
Wajib berubah jika mahu kaya, berjaya di dunia dan akhirat ..
p/s : sekadar renungan dan tarbiyah untuk diri sendiri - yang tak pernah serik dalam kealpaan

Alaaa ... ustazah tu kan orang agama. Tentulah Allah beri rezeki lebih padanya

0 Comments