Assalamualaikum wbt
Macam yang dijanjikan sebelum ni, hari ni akak kongsikan dengan anda senarai program dropship percuma di Malaysia untuk anda sertai.
Sebagai langkah pertama, cuba dahulu dengan program dropship percuma. Test market dan test kemampuan diri, sejauh mana boleh pergi dalam bidang dropship ni. Kalau ok, teruskan. Kalau tak move on. Cuba yang lain . Tak cuba tak tahu kan .. Jangan cepat give up. Kena usaha dahulu. Mana ada orang yang lahirnya terus berlari kan.. Cewahhh tetiba datang angin nak jadi Prof Muhayya pulak. Haippp
Ini sebenarnya berjangkit angin sembang time rehat tadi. Dah namanya pun emak-emak kan, risau juga memikirkan nasib anak-anak pada masa depan. Kerja apa la ye agaknya mereka nanti .. memandangkan sukarnya Ya Allah untuk mendapatkan kerja pada zaman sekarang ni.
Alternatif lain wahai anak-anak dan adik-adik fresh graduate serta lepasan sekolah, pilihlah walau hanya kerja sambilan. Janji ianya rezeki HALAL dan tak membazirkan masa muda kalian dengan perkara yang sia-sia.
Buat sementara cubalah mohon kerja sebagai atendan pam minyak, pengawal keselamatan or whatever yang Allah REDHA. Soal anda ada 2,3 scroll ijazah luar negara, ketepikan sekejap. Tak jatuh maruah @ harga diri hanya kerana bekerja di stesen minyak.
Kalau tak boleh kerja di bawah orang lain, cuba bekerja sendiri dengan berniaga. Jual burger, jual air balang,buat bisnes ais krim atau jual air soya dan tau fu fah di pasar malam.
Tak pun cuba saja bisnes dropship. Kerja yang tak perlukan pejabat, punch card, pakaian seragam , tak perlu pergi kursus, attend mesyuarat dan sebagainya.
Kalau jiwa anda sesuai dengan pekerjaan yang tak terikat di bawah seorang ketua, inilah laluannya.
Selamat mencuba senarai program dropship percuma di Malysia seperti yang tersenarai di bawah ni. Banyak lagi, rajin-rajinkan diri google ye..
- Tudung Si Comel
- Fathiyah's Dreams - Muslim Girls Attire
- Dropship Produk Kecantikan Rizi Biz
- Nurraysa Beauty
0 Comments