Al kisah Majlis Sambutan Hari Raya Yang Tak Happening
Mood raya sana-sini tak habis –habis lagi. Nama pun raya nye sebulan kan .
Hari ni kat tempat kerja akak pun buat majlis sambutan hari raya juga. Tapi tak tahulah nak cakap apa yek … masing-masing macam separuh hati jek tengok gayanya. Majlis sambutan hari raya yang tak happening.
Pic juadah hari raya ni tiada kaitan. Akak pinjam dari Pak Cik Google jap
Rumusannya muzakarah tu penting..
Niat sudah pun betul. Menjalin ukhwah yang lebih kukuh. Tapi planning laksananya mesti betul-betul. Bila nak buat event melibatkan komuniti yang besar, sepatutnya ajaklah bermesyuarat dahulu. Sama-sama bagi pendapat, sama-sama bagi idea .. baru cantik perjalanan majlis. Semua happy dan semua puas hati. Paling penting, semuanya berjalan lancar dan kalau boleh minimumkan cacat celanya. Kita boleh usahakan ..
Dalam caca merba, macam biasa terkena lagi. Tanpa tahu tentatif majlis, tanpa sebarang jawatan kuasa, jawatan pengacara majlis terus ke bahu ni lagi. Dalam hati rasa macam nak telan orang hidup-hidup … tapi Allah masih selalu di depan. Istighfar banyak-banyak. Laksanakan lah seadanya ..
Moga-moga esok-esok kalau akak berada di kerusi atas, CEO kot kih3x đŸ˜‚đŸ˜‚ akak tak buat begitu.
Moga-moga jadi ketua yang baik. Makan nasi macam orang lain, bukan kenyang dengan maki hamun orang bawahan.
Allah hu akbar…
p/s : ada ati nak jadi CEO ko



0 Comments