Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah hu akbar … Ni Bulan Puasa ! Lupa Ke ..?


Allah hu akbar … Ni Bulan Puasa ! Lupa Ke ..? Lupa ke yang kita berada di penghujung Ramadhan, bulan maghfirah.. bulan mendidik hati, bulan mengawal lidah ..bulan segala bulan atau yang orang dok cakap penghulu segala bulan tu . Lupa ke ??

Marah macam mana sekali pun kamu, kawal lah diri. Apa lagi di bulan penuh mulia ni .. kawallah perasaan marah kamu tu, kawal juga lisan kamu.

Biar basah lidah kamu beristighfar dan berzikir daripada memaki hamun orang tak tentu hujung pangkal.

Nanti kalau orang cop kamu meroyan, kamu juga yang naik angin kan..

Betul lah itu kucing kesayangan kamu , yang kamu tatang macam anak sendiri. Tapi kalau dah tersurat ajalnya depan rumah kamu kerana terlanggar , terimalah dengan ketetapan Allah dengan redha.

Yang kamu makin hamun satu group Whatsapp tuh buat apa. Dalamnya ada saudara mara, ada sahabat taulan, ada ustazah dan cikgu, ada geng masjid … ada ibu muda, ada makcik tua. Ada semua yang mewakili setiap golongan.

Kata kamu, biar yang melanggar kucing kamu itupun nanti mati eksiden juga. Kata kamu lagi, kamu tak maafkan orang yang terlibat sampai ke mati. Astaghfirullah hal azim ..

Doa kita tak kira masanya, harus yang baik-baik sahaja. Inikan lagi pada bulan puasa.

Jangan lupa ya, doa yang baik-baik saja.














Post a Comment

0 Comments